Monday, May 19, 2014

::Jalan Jalan @ Grand Lexis, Port Dickson::


Salam sejahtera semua,

Sebut nama "Grand Lexis" je pun dah ada perkataan grand kan? Grand ke???

memang grand la sebab 5 star nye resort..tapi ape yg saya bole kata memang cantik, menarik & syok serta berbaloi la dgn harganya.

Jadi ape yg menarik perhatian saya nak pg ke grand Lexis ni..oppps bukan saya ye..isteri saya yang teringin sangat nak ke sana...tak lain tak bukan sebab ade swimming pool kat dlm bilik..jadi bole la mandi sampai kecut tangan & kaki..hehehe





Di bawah ini saya sertakan review kami untuk Grand Lexis:

a) Harga - 2/10 (Subjektif kepada kemampuan anda..bagi saya 2/10 sebab agak mahal).
b) Bilik - 9/10 (Memang bersih & tak berbau).
c) Makanan - 8/10 (Kami hanya cuba Sarapan Pagi, byk pilihan makanan).
d) Customer Service - 9/10 (Staff sentiasa senyum & sentiasa membantu).

*p/s: Klu nk tau pasal harga bole la cari di website Grand Lexis (rujuk link di bwh) atau di mana2 webiste yang berkaitan (booking.com, agoda.com dsb).

http://www.grandlexispd.com/

"Segalanya ada di Malaysia"

Sunday, January 23, 2011

:: Jalan Jalan Cari Makan @ Restoran Perantau Sg Ramal ::

Pasti ramai yang tertanya-tanya sedap ke makanan yang ada di Restoran Perantau ni? jawapan ada diri anda masing2 sebab anda yang menilainye. Tapi bagi saya makanan terdapat di sana memang memenuhi citarasa saya. Contohnya seperti "Tomyam Seafood" cukup masam dan rasanya, di tambah pula dengan sotong dan udang yang banyak juga.
Selain itu "Bistik Daging" nye juga tidak kurang menyengat, pasti membangkitkan selera anda jika melihatnya. Bagi yang gemar "Kerabu Mangga", di sini juga ada disajikan untuk santapan anda sekeluarga. Masa menunggu pun tidaklah terlalau lama walaupun pengunjung2 nye ramai terutama malam2 hari minggu.
Jika anda ingin makan tapi dengan cara bersila di rumah,juga disediakan tempat untuk duduk bersila. Agaknye mungkin cepat sedikit kenyang jika makan dengan bersila.
Di bawah ni saya lampirkan kan gambar-gambar untuk tatapan anda semua. Jika rasa terliur dengan makanan nye, boleh la datang terus ke restoran tersebut untuk mencuba..Selamat Mencuba..

p/s: Gambar akan saya upload kemudian..harap maaf..

Wednesday, March 5, 2008

::3 Days 2 Nights at Duta Hacienda, Duta Palm Spring::




Hujung minggu baru ni (01 March 2008 - 03 March 2008),aku sekeluarga pergi makan angin kat "Port Dickson" .Sebenarnya kitorang stay kat situ sebab dekat sikit nak pegi melaka.Mak ayah aku nak anta separuh duit hantaran kahwin abang aku.Tapi apakan daya,pertunangan diorang dah putus atas sebab-sebab tertentu.So kitorang teruskan juga stay kat situ sebab dah booking kan. Tapi klu aritu tempah untuk hujung minggu (08 March 2008) ni memang x pergi la gayanya sebab pilihan raya kan...

Actually kitorang stay kat "Duta Hacienda Resort, Duta Palm Spring"...



Tempat dier boleh tahan la..bilik dier luas and tak berapa crowded sangat la..kat depan bangunan resort tu ada venue "Paint Ball" and "Go-Kart" and aritu memang ramai yang main,ala-ala race la..selain tu boleh gak layan mandi kat swimming pool dier,dier create macam kat pantai,siap ade pasir and ada tempat utk main "bola Tampar Pantai".klu nak bersantai sikit bolehla gunakan "Jakuzi" yang ada.Memang relaks and rasa seperti kena urut-urut...lepas tu memang rasa letih and mengantuk sangat...

Selain itu,bolehla jalan-jalan ke bandar PD or singgah kat pantai dier untuk madi-manda..tapi pantai kat PD ni dah tak berapa masyuk..yerla,air dier dha tak jernih and rasa berminyak..banyak sangat kapal yang lalu kat selat melaka sampai pantai dier jadi camtu..ape pun okla klu nak release tension asyik keja jer..pastu klu dah balik kl kenala pikir balik pasal keja..huagrh...


Maklumat Tambahan & untuk Tempahan tentang Duta Palm Springs:


Palm Spring Resort City

impression.com.my

Marimari.com




Wednesday, February 27, 2008

::Futsal di "Samba de Futsal"::




Sekarang ni aku ade aktiviti baru tiap2 hari rabu malam khamis.."Main Futsal".Biasanya futsal antara sukan utk org2 bandar,yerla kalau kt kampung mestila main kt padang ptg2..klu kt bandar ni mlm jerla yg ade masa nk beriadah skt.klu tak asyik membesarkan perut..

Kitorang biasa main kt "Samba De Futsal" kat PJ.Kitorang main kt situ sebab dekat skt and tgh antara KL ngan Shah Alam.Yerla masing2 ntah duduk Klang,Shah Alam,Bandar Sunway,Keramat,selayang and merata-rata la..ada gak yg lepas keja(Menara TM) terus dtg situ.



kadang2 kitorang main 2 jam,tp biasanya sejam la.ikut bilangan orang and tahap kepancitan aritu.Tempat tu memang kena booking awal skt sebab memamg ramai orang.Tp biasanya yg main tu,muka-muka yg memang biasa main tiap2 minggu.Padang dier pun ok,ade yg PVC and yg rumput tiruan..Harga dier pun standard la..Sape2 yg berminat yg main futsal kumpul la member lama tu.Bukan nak main betul2 pun,saje suka2 jer..boleh gak jumpa member yg lama tak jumpa..aku pun terjumpa member sekolah aku dulu..

Link untuk contact and map dier

Selamat Berfutsal di samba!!!

"Karya Di mlm Hari"

:: Lunch di Old Town White House ::



Hari ini mkn tgh hari ak uspecial skt la kt sbb mkn "Old Town white House" ngan office mate yg lain.Lama dah x jmp diorg,t=yerla masing2 keja kt site lain..tmpt dier kt Old Town PJ,dekat gakla ngan Digital Mall".Tmpt tu mmg baru lagi sbb ade gak yg belum siap.



Parking pun ntah mana2 nk masuk aku pun tak tahu,melilau cari tmpt nk msk.Pastu nk keluar pun satu hal lagi.Sampai2 jer,separuh dah abis mkn.mane taknye mknn dier sikit jer,pastu ade gak yg order dua kali.pun agaknya tak kenyang gak.aku order "Old Town Nasi Rendang Chicken" ngan "Blackcurrant Smoothies".Boleh tahan gak nasi dier,sedap and cam nasi lemak pun ade.Tapi tula sikit jer.



Harga dier berpatutan tp kuantiti dier sikit jer.klu sape yg nk diet mmg sesuai sgt la..pastu dh abis mkn,borak2 kejap pastu blk office blk sambung kerja..Boleh la try mkn kat sini kepada yg belum pernah lagi..Selamat Mencuba!!!


"Karya Di mlm Hari"

Monday, February 25, 2008

::KLIA,kebanggaan Malaysia::



semalam,salah sorang roomate ku telah terbang ke dubai atas urusan kerja..Aku,kwn2 and family dier anta dier kt KLIA..flight dier kul 12.30 tgh mlm..sambil tggu kitorg ronda2 la kt KLIA tu..mmg ramai org kt sane,yg baru smp,yg baru nk terbang and yg dtg amik and anta kwn2 or family diorg.Aku tgk memang cekap,teratur and efisien la staff-staff kt klia tu buat kerja,mmg patut la diorg menang anugerah "World Best Airport 2005-2006" utk kategori 15-25 juta penumpang setahun.



maknenya mmg ramai la org yg guna klia ni termasuk pelancong2 asing yg dtg..and diorg mmg happy dgn service yg diberi..Syabas kpd KLIA atas anugerah..teruskan usaha anda utk dpt anugerah yg lbh tggi,maybe best airport utk lbh dr 30 juta penumpang sethn..
harap-harap ramaila lagi pelancong yg dtg sini..


"Karya Di mlm Hari"

::Bihun Sup Restoran Jaring::



Hari ini aku blk awal skt kul 5.45ptg.on d'way nk smp apartment,ternmpk lak "Restoran Jaring" yg aku mmg teringin nk pg.Sampai je terus aku order Bihun Sup and Limau Ais.Nmpk mcm sedap sbb panas2 lagi kan..



sebenarnya aku nk try nasi berlauk tp tgk dh x byk choice la,maybe lain kali kot..lg satu aku nk tanya waktu operasi dier,senang skt lepas ni nk pg sbb sblm ni aku pg tgh hari asyik tutup jer..mmg la sbb dier buka 7.00 pg smp 7.00ptg,isnin smp sabtu..ahad aper lg public holiday la...haha..

Klu kwn2 nk try lehla dtg kt Restoran Jaring tu dekat Bandar Sunway,sebelah dengan Domino's Pizza..Selamat Mencuba!!!

"Karya Di mlam Hari"

Sunday, February 24, 2008

::Nike Boy::





Adakah ini akibat fanatiknya mak ayah dier pada jenama "Nike".Apa ada pada jenama?

"Karya Di mlm Hari""

::Peniaga yg Otai::





Abg ni mmg otai meniaga kt tmpt letak papan tanda "Dilarang menjaja" tu eh.Maybe inilah keberanian yg perlu ada pd seseorg peniaga..or maybe abg tu leh byr denda setakat RM3000 tu..

"Karya Di mlm Hari"

::Pintu keluar Terakhir::





Adakah ini pintu keluar terakhir?kite tggu jerla berita klu ade yg terselamat bila keluar dr pintu ni..

"Karya Di mlm Hari"

::Komen Anda::

|
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com




TrafficG -Top Traffic Exchange - Become a TrafficG member and you'll be able to drive free, guaranteed visitors and traffic to any website of your choice!

 

Blogger Templates. Sponsored by Link Page Report Card